
Sulit
5 tahun
Bibir bengkak dan gatal-gatal
Saya wanita dalam 20 an, bibir saya bengkak dan gatal-gatal secara tiba-tiba apabila bangun dari tidur. Saya juga sejak kebelakangan ini asyik gatal-gatal di bahagian tangan dan kaki. Apakah punca dan langkah untuk mengatasinya? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan alahan terhadap pelbagai perkara. Antaranya:
- makanan
- persekitaran (bunga)
- bulu kepada binatang perliharaan
dan macam-macam lagi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.