
nielwink1220
4 tahun
Bibir faraj ada butir2 kecil yang rasa sakit dan gatal
Saya berusia 20 tahun. Sekarang niy saya terkena chickenpox. Saya perasan saya ada timbulan seperti chickenpox pada bahagian bibir faraj saya. Terasa sakit dan gatal apabila bergerak. Soalan saya, adakah itu terjadi kerana chickenpox atau penyakit lain? Mohon bantuan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Biji atau benjolan di bahagian kemalun ini mungkin
- Benjolan yang tidak memudaratkan seperti: sista, Fordyce spots (kelenjar sebum), kulit berlebihan ( skin tag )
*Ketuat - Herpes
Sekiranya anda mengalami benjolan serta simptom berikut, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi rawatan lanjut.
- Terdapat discaj atau nanah dari benjolan tersebut
- Sakit atau tidak selesa semasa hubungan seks
- Sakit, kemerahan serta benjolan pada bahagian alat sulit
- Gatal pada bahagian kemaluan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.