Anonymous
6 tahun
Bibir kering dan bengkak
Kebelakangan ni bibir saya mudah jadi kering dan menggelupas. Saya cuba pkai lipbalm tp tidak berhasil. Malahan bibir sy kdg2 jadi pedih dan bengkak bila bangun pagi. Sy bertanya kpd kawan2 dan mereka berkata berkemungkinan sy berada dalam aircond yg terlalu lama dan sejuk. Adakah terdapat ubat untk alergik ini?
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Untuk makluman anda, bibir boleh menjadi kering akibat kekurangan minum air dan juga sering terdedah kepada cahaya matahari atau kerap berada dalam bilik yang berhawa dingin dan kering.
Anatara rawatan yang disarankan untuk mengatasi masalah ini adalah:
- Pelembap bibir bebas kimia (olive oil/cocoabutter)
- Jauhi produk bibir dengan perasa, wangian, atau warna sehingga bibir anda telah sembuh
- Jangan kupas serpihan kulit dari bibir anda
- Sentiasa gunakan pelindung matahari SPF apabila anda berada di bawah sinar matahari.
- Minum air masak yang cukup dan elakkan dehidrasi
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi sesi konsulatasi secara peribadi untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




































