
Sulit
5 tahun
Bibir kering dan menggelupas
Hi doc. Semenjak sy berkerja dalam air-cond, bibir sy kering. saya dah minum banyak air sampai 3 liter, pakai vasaline, pakai lip mask tapi masih kering. now it’s itchy as well. so, sy suspek eczema. Boleh ke dr, eczema dekat bibir je?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang air dalam badan
- kerap makan makanan pedas
- duduk dalam kawasan sejuk untuk tempoh yang lama seperti berhawa dingin
- kerap menjilat bibir
Anda disarankan:
- minum air yang mencukupi
- kurang makan makanan pedas
- elakkan duduk dalam kawasan berhawa dingin dengan kerap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.