
Sulit
4 tahun
Bibir kering, pecah & mengelupas
Hi Doctor,
Saya mengalami masalah bibir kering dan mengelupas hampir 2 tahun. Saya telah menggunakan pelbagai produk seperti vaseline, dermal therapy & lain-lain lip balm. Tetapi tidak berkesan.
Bibir saya akan terasa seperti panas apabila ia pecah & mengelupas & membuatkan saya tidak selesa untuk bercakap.
Ada sebarang ubat (makan/sapu) yang boleh doktor cadangkan? Mohon pandangan & nasihat berkenaan perkara ini.
Terima Kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bibi kering boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- defisiensi vitamin terutamanya vitamin B
- dehidrasi (kurang minum air)
- terdedah kepada matahari atau panas atau cuaca dingin
Sekiranya bibir and masih kering setelah mengatasi penyebab-penyebab diatas, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri terjadi masalah yang seperti berikut:
- Chelitis
- Malnutrition dan dehidrasi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.