
Sulit
4 tahun
Bibir kering walaupun sudah minum air dan menyebabkan sentiasa buang air kecil
Salam,Saya berumur 16 tahun.bagi memastikan saya cukup air, saya sentiasa minum air.walaupun saya tetap minum air yang cukup,bibir saya masih lagi kering.hal ini menyebabkan saya kerap membuang air kecil dan menyebabkan saya malas.saya pun selalu juga tahan.apakah pendapat doktor mengenai hal ini?mohon penjelasan. Terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bibir kering boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- defisiensi vitamin terutamanya vitamin B
- dehidrasi (kurang minum air)
- terdedah kepada matahari atau panas atau cuaca dingin
Sekiranya bibir and masih kering setelah mengatasi penyebab-penyebab diatas, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri terjadi masalah yang seperti berikut:
- Chelitis
- Malnutrition dan dehidrasi
Anatara rawatan yang disarankan untuk mengatasi masalah ini adalah:
- Pelembap bibir bebas kimia
- Jauhi produk bibir dengan perasa, wangian, atau warna sehingga bibir anda telah sembuh
- Jangan kupas serpihan kulit dari bibir anda
- Sentiasa gunakan pelindung matahari SPF apabila anda berada di bawah sinar matahari.
- Minum air masak yang cukup dan elakkan dehidrasi
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.