
Sulit
5 tahun
Biji atau ketumbuhan di ketiak
Saya wanita berumur 23 tahun dan masih belum berkahwin. Saya ada masalah mengenai satu biji atau satu ketumbuhan lembut di bahagian ketiak sebelah kanan saya. saya perasan kewujudan biji itu pada awal bulan 9 lalu dan pada masa itu ketumbuhan tersebut hanya sebesar hujung jari telunjuk sahaja, kemudian masa saya dtg bulan ketumbuhan itu mengecil dan selepas habis saja haid biji tersebut jadi lebih besar tapi langsung tak menyakitkan, untuk information doc selama ni period saya memang tak teratur, kekadang bertahun xdatang dan start tahun ni baru dtg balik, adakah biji ni merbahaya atau tidak? adakah simptom untuk kanser? sebab arwah mak saya penghidap kanser payudara

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di bawah ketiak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- lymphadenitis
- hidradenitis supurativa
- folliculitis - keradangan folikel rambut
- epidermal cyst benjolan bawah kulit
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Hal ini kerana dikhuatiri terdapat masalah jangkitan yang sekiranya dibiarkan tanpa dirawat akan menjadikan benjolan semakin parah.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.