Sulit
3 tahun
Biji bawah kemaluan macm mahu tertanggal adakah itu satu masalah , atau kalau biji tu tercabut adakah ia satu masalah baru?
Saya umur 20 masalah saya pasal biji bawah kemaluan macm nk tertanggal , kalau biji tu tercabut satu masalah ka untuk saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala bijian yang anda alami mungkin boleh disebabkan oleh beberapa perkara berikut:
- Alahan pada kulit zakar (allergic dermatitis)
- Ekzema
- Jangkitan STI (Sexual transmitted infections)
- Jangkitan HPV (ketuat kelamin)
- Jangkitan HIV
- Jangkitan kulat pada zakar (Candidiasis)
- Syfilis
Kemungkinan biji pada bawah kemaluan anda boleh disebabkan oleh penumbuhan ulser yang berpunca daripada jangkitan STI dan alahan kulit, ataupun ketuat yang tumbuh disebabkan oleh jangkitan HPV. Sekiranya biji tersebut tertanggal berdasarkan daripada punca-punca yang disebut, ia adalah berbahaya kerana ia boleh merebak ke kawasan lain yang berhampiran dan jangkitan tersebut boleh merebak.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Walaubagaimanapun, kami ingin memaklumakan bahawa anda tidak perlu khuatir. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca masalah ketulan yang anda alami dengan lebih lanjut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah