
Sulit
3 tahun
Biji berair di jari tidak gatal
Hai doktor. sejak beberapa hari yang lepas, saya mendapati ada biji air pada jari saya tetapi tidak gatal. Saya risau akan merebak ke jari yang lain. Adakah stress menjadi salah satu punca biji air ini timbul?
Boleh saya tahu rawatan yang boleh saya ambil dan punca yang menyebabkan biji air yang tidak gatal ini? Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda mengalami biji berair yang tidak gatal di jari dan anda ingin mengetahui punca serta rawatan untuk mengatasi masalah ini. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala sedemikian lazimnya dikaitkan dengan beberapa hal, seperti:
- Ruam peluh
- Penggunaan pakaian yang kurang bersih
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Chicken pox
- Dermatitis
- Bullous impetigo
- Reaksi alahan
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.