
Sulit
5 tahun
Biji-biji di hujung kemaluan
Saya lelaki berumur 20an, kejadian masalah saya dari berumur 12 tahun, masalah saya di hujung kemaluan terjadi seperti biji-biji halus/bintik-bintik halus seperti tumbuh isi2 kecil di hujung kemaluan, sebarang kesakitan tiada, kencing tiada masalah dan kesihatan tubuh sihat. Adakah penyakit saya siries? Saya hanya malu akn tiba masa nanti berkahwin pasangan berasa ngeri/geli/terkejut melihat. Bolehkah dokter terangkan masalah saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintikan pada hujung kemaluan anda boleh disebabkan:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex - selalunya akan sakit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.