
Sulit
5 tahun
Biji di bawah ketiak
Saya wanita 20an , terdapat satu biji di bawah ketiak dibahagian tgn kanan saya. bila ditekan terasa seperti sedikit sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biji dibawah ketiak yang sakit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hidradenitis supurativa yaitu masalah penyumbatan pada saluran kelenjar apokrin pada kulit yang bergesel seperti ketiak, celah paha dan sebagainya
- sinus pilonidal adalah kantung yang terbentuk mengandungi sisa kulit mati dan rambut
- furunkel ataupun karbunkel ialah jangkitan sekeliling folikel rambut
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis yang jelas supaya dapat diberikan perawatan yang tepat dan efektif. Disamping pengubatan yang akan diberikan doktor, hal berikut adalah digalakkan untuk mengurangkan berat gejala:
- Menjaga kebersihan tempat yang terkena seperti ketiak
- Kurangkan berat badan (pada pesakit gemuk) untuk mengelakkan kulit bergesel
- Penggunaan sabun sesuai cadangan doktor
- Lakukan kompres panas
- Memakai pakaian longgar
- Lakukan pemotongan bulu ketiak secara laser untuk mengurangkan keradangan berbanding cukur
- Berhenti merokok kerana merokok boleh menyebabkan sel-sel tubuh rosak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.