
Sulit
4 tahun
Biji di bawah tengkuk
saya lelaki umur 21 tahun. saya pernah bertanya kepada dr tentang lenguh di leher dan mempunyai biji di bawah dagu… jwapan saya dapat adalah kemungkinan secara amnya adalah noda limfa,kelenjar ai luir kembang,kanser dan lain-lain. tetapi dalam masa ini saya sudah tidak lenguh di bahagian leher,tetapi masih mempunyai biji dibawah dagu dan berdekatan leher dan saya jugak tidak berasa selesa di bahagian tepi pipi kiri dan kanan berdekatan dengan telinga. boleh saya tahu sebabnya? adakah kemungkinan besar ia adalah penyakit yang dinyatakan oleh dr sebelum ini? seperti kanser! saya sangat risau dan saya harap boleh minta pencerahan dari dr… terima kasih*

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, seperti yang dinyatakan masalah biji di bawah tengkuk boleh disebabkan oleh banyak perkara. Oleh kerana benda ini berlarutan, pemeriksaan telitit mesti dijalankan untuk memastikan ini bukan penyakit yang serius. Senarai penyakit -penyakit yang dinyatakan sebelum ini memang masih berpotensi untuk menjadi punca permasalahan ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.