
Sulit
3 tahun
Biji kecil pada kemaluan
Saya wanita berumur 27 tahun. Ada biji2 sangat kecil pada bahagian labia kemaluan saya. Biji itu sangat kecil dan mengerutu. Saya tak rasa gatal dan tak sakit. Cuma saya rasa risau sebab sebelum ini tiada. Apa punca biji2 kecil tu muncul ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah biji pada bahagian kemaluan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Secara umum, masalah yang dialami oleh anda ini berpunca daripada :
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
- Kurang penjagaan kebersihan
Namun, ia juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor , seperti:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Jangkitan kulat
- Folliculitis (Keradangan pada folikel bulu)
- Dermatitis
- Ketuat kelamin
Oleh, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.