
Sulit
4 tahun
Biji kemaluam bengkak dan kencing keral keluar cebisan lendir darah
saya lelaki, usia 23 tahun. saya kerap beronani, tapi pada 1 malam biji kemaluam bahagian kanan saya bengkak, sehingga ke siang. jadi keesokan harinya sudah surut tapi datang masalahnya pula apabila saya mahu kencing dan berjalan, kadang" bahagian biji sebelah kanan masih sakit jika sentuh, bahagian pinggang hadapan sebelah kanan rasa sakit, kencing juga takde masalah cuma kerap keluar cebisan lendir darah.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kesakitan pada buah zakar anda boleh disebabkan:
- Saluran darah dalam buah zakar terbelit
- Jangkitan saluran kencing dan buah zakar - “epididimitis”
- Angin pasang (hernia)
- Kecederaan pada buah zakar - menyebabkan buah zakar kembang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.