arul_bloger
6 tahun
Biji ketuat atau kolestrol di bawah ketiak
Salam doc,maff bertanya bagaimana atau cara nak hilangkan ketuat atau biji kolestrol di bahagian ketiak??ketiak kiri dan kanan,ianya amat merimasakan…bantu saya doc
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Benjolan dibawah ketiak boleh disebabkan oleh beberapa faktor-faktor seperti:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































