
Sulit
5 tahun
Biji kolestrol pada muka
saya wanita dahulu semasa umur saya 16 tahun terdapat beberapa biji kolestrol pada bahagian bawah mata tetapi tidak lama kemudian ia hilang. dan sekarang saya berumur 20 tahun biji kolestrol tubuh dengan mendadak pada bahagian muka. bagaimanakahh langkah untuk mengatasi masalah biji kolestrol tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Pertama sekali, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana terdapat kemugkinan bahawa tahap kolesterol anda adalah tinggi dan ianya harus dirawat terlebih dahulu.
Bagi masalah deposit kolesterol anda berkemugkinan masalah ini tidak akan holang dengan sendiri walaupun tahap kolesterol anda terlah terkawal. Masalah ini tidak memudaratkan tetapi menganggu. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh dirawat dengan:
- Ubat sapu
- Membekukannya dan kemudian ketumbuhan tersebut dibuang (cryosurgery)
- Laser
- Pembedahan
- Rawatnya dengan jarum elektrik (electrodesiccation)
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta bagi mendapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.