
Sulit
5 tahun
Biji merah2 seperti biang keringat
Saya lelaki dalam berumur 20 an mengalami bintik2 merah di bahagian penis, dan di buah zakar saya kelihatan seperti ada biji2 putih . saya mengalaminya sejak umur 17 .saya tak pernah melakukan hubungan seks ,hnya onani sahaja.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, biang keringat merupakan terma untuk menunjukkan keadaan ruam dan selalunya pada pelipat kulit seperti leher atau celah kangkang. Kami tidak boleh mengulas lanjut akan sakit ini kerana kami perlu untuk memastikan bahawa bintik-bintik itu sememangnya ruam, ketumbuhan ataupun perkara lain.
Namun, terdapat beberapa sakit yang boleh berlaku jika anda mengalami bintik-bintik pada zakar. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.