
Sulit
3 tahun
Biji pada kedua belah payudara
Saya remaja perempuan berumur 16 thn. Kenapa ada biji pd kedua dua payudara,ya…? Harap balas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Kami amat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda mengenai kewujudan biji pada kedua-dua belah payudara.
Untuk makluman anda, masalah biji pada payudaraboleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Jerawat
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua biji payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diperhatikan apabila biji pada payudara disertai dengan gejala berikut:
- Biji tidak dapat digerakan atau digeser
- Biji pada ketiak
- Perubahan bentuk,kontur,ukuran,warna kulit payudara
- Keluar cairan atau darah dari biji
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.