
naqiudin73
2 tahun
Biji pada puting lelaki
Saya lelaki masih sekolah menengah,saya ada masalah biji di belakang puting bahagian kiri saya lebih sebulan,ianya tak berapa sakit dan tak selesa,apa kemungkinan ye doktor?apa tanda tanda jika lelaki mengalami kanser payudara ye?adakah membesar?sakit?keluar nanah dalam masa terdekat seperti seminggu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan atau biji pada puting anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Lebihan kulit atau “skin tag”
- Jerawat
- Nanah atau abses dari jangkitan kulit
- Gumpalan tisu lemak/fiber
Kanser payudara dalam lelaki adalah sangat jarang dan lebih jarang dalam umur yang muda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.