
Sulit
5 tahun
Biji putih di zakar
selamat pagi saya lelaki ingin bertanya tentang biji putih di kepala zakar dan ia tidak rasa sakit. macam mana kaedah untuk hilangkannya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- variasi kulit yang normal pada zakar
- jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.