Sulit
4 tahun
Biji2 putih seperti jerawat
Hi Dr.Sy El,brumur 25 tahun.Crtanya muka sy naik biji2 putih yg halus & trlalu byk dimuka.Ianya brlaku bila sy mula menggunakan product N(dermatologists tested).Namun ini bukanlah prtama kali ianya berlaku kerana sebelum ini sy menggunakn Honey bee venom by syma beauty dan sy mendapati JIKA sy terhenti “bekalan” skincare itu,muka sy akan terus dipenuhi biji2 seperti yg sy maksudkan di atas.Sy xtau apakah puncanya kerana bila sy google ingredients HBV itu tiada yg musykil.Berbalik kpd product N td,didalamnya terdapat retinol iaitu bahan aktif yg mgkin menyebabkn purging.Namun hati sy berkata muka sy dibanjiri biji2 kecil berisi cecair putih itu adalah KERANA HBV. Blh doctor terangkN mengapa ianya terjadi?Whole face biji2 sperti ruam itu tumbuh seperti cendawan selepas hujan.Dan lagi parah bila ada ygpecah disaat sy “remove makeup” dan kini menjadi parut!!!Tolong sy jawab mengapa dan berapa lama ianya ambil masa utk pulih. (product N=nihon)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan maklumat yang terhad yang diberikan oleh anda, secara ringkasnya masalah seperti ini berlaku akibat trauma/kecederaan, kesan ubat-ubatan mahupun penyakit seperti SLE.
Terdapat beberapa rawatan umum yang digunakan untuk mengatasi masalah seperti ini:
- Kryoterapi
- Ubat yang mengandungi retinoid
- Rawatan lazer atau ablasi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.


































