
Sulit
2 tahun
Bila batuk sakit dibahagian bawah perut
Saya berumur 20an+.saya seorang wanita. saya nak Tanya bila saya batuk sakit dibahagian bawah perut… Sbb apa ye? Baru sehari adakah sebab gastrik or tak makan sebab ketika ini saya demam… Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kesakitan di bahagaian bawah perut perut ketika batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
- Bagi wanita; kista pada ovari, kandungan ektopik dan keradangan rahim atau serviks
Kami sedia maklum bahawa anda ada diberitahu menghidapi keradangan pada tulang rusuk. Namun, terdapat sakit lain yang juga boleh menyumbang kepada masalah ini yang juga perlu untuk dipertimbangkan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.