
malakamarudin
5 tahun
Bila haid akan berhenti
hi doktor…bulan puasa hari tu buat pertama kali saya mengambil depo dan haid saya berpanjangan…saya juga sepatutnya repeat depo untuk kali kedua pada bulan lepas tetapi ambil keputusan tidak mahu teruskan…soalan saya : berapa lama haid ini ??kerana sudah tiga bulan non stop…terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, injeksi depo ini akan menyebabkan haid anda tidak teratur akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan. Ketidakseimbangan hormon ini akan melindungi daripada kehamilan sehingga injeksi yang seterusya.
Sekiranya anda terlepas injeksi yang seterusnya, peluang kehamilan adalah tinggi. Oleh itu, anda disarankan untuk membincang dengan doktor anda tentang masalah anda dan pilihan lain sebelum mengambil sebarang keputusan supaya perancangan keluarga anda tidak dijejaskan.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.