
Sulit
4 tahun
Bila makan asik nak tersedak je
Sy wanita 22 thn bila sy mkn asik nk tersedak je nak mkn pun rse sesak, kdg nasi tu sangkut ats hidung.asik pedih ulu ati smpai ke blkng.selalu selsema bila nk buang hinggus tu tgok ad nsi dlm hinggus

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Makan terlalu gelojoh
- Terdapat masalah dengan esofagus
- Refluks asid atau GERD
- Masalah sistem saraf
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor disebabkan perkara ini berulang supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Nasihat kami adalah anda makan dengan perlahan dan mengunyah makanan anda sehingga hancur atau lumat sebelum menelannya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.