
Sulit
4 tahun
Bila masa sesuai untuk cek kehamilan
Saya berusia 28 tahun dan telah berkahwin hampir setahun. Sejak 3 hari lepas, saya rasa loya on off. Tarikh period saya sepatutnya pada 6 Jun 2020. Saya telah cuba UPT dan resultnya negatif. Adakah disebabkan jenis test kit yang digunakan beri kesan pada keputusan? Bilakah masa sesuai untuk cek kehamilan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu berasa loya dan anda ingin tahu test-kit sesuai untuk mengesahkan status kehamilan anda serta waktu yang sesuai bagi menggunakan test-kit kehamilan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda perlu menunggu selama seminggu selepas tarikh period yang lewat untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
.