
nsafinaz745
2 tahun
Bila melakukn hbgn intim ngn my partner i akn bdarah
I wanita berumur 32thun…i nk tya doc bila i melalkukn hbgn intim ngn my partner i akn bdarh…adakah itu gejala2 herpes…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah keluar darah saat berhubungan tapi tidak sakit (Post-coital Bleeding) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kelamin
- Polyp
- Cervical ectropion
- Faraj kering atau cedera
- Kanser serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.