
Sulit
4 tahun
Bila saya akan sembuh? Setiap pagi badan weak
Hai dok,saya lelaki dlm lingkungan 20an… seminggu lepas saya ade buat senaman berbasikal yg agak melampau dengan perut kosong.saya kayuh laju2 tanpa pikir ape2.bila balik tu saya terus rasa mual muntah² badan pun terasa lemah sgt. Dah seminggu badan saya terasa sgt lemah(weak) pada setiap pagi sahaja.saya bangun terasa lemau je.pagi td saya pergi klinik saya jalan sikit dh mengah².doktor syak jantung/paru2 saya bermasalah.doktor syorkan saya pergi hospital buat medical checkup 1badan(x-ray,echo,blood test)…saya nak tahu kenapa badan saya setiap pagi mesti weak?rasa lemah tu mcm lepas bersenam(padahal saya baru bangun tidur).dalam keadaan teruk sudah ke badan saya ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Namun begitu, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mengalami masalah lemah badan:
- Kencing manis
- Hipoglisemia (kekurangan gula di dalam badan)
- Anemia (kekurangan darah merah di dalam badan)
- Ketidakseimbangan elektrolit (electrolyte imbalance)
- Jangkitan secara umum
- Kanser
- Masalah jantung
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Walaubagaimanapun, sukar untuk kami katakan punca mengapa anda mengalami masalah lemah badan dan keterukan gejala yang dialami berdasarkan soalan sahaja. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengikut arahan doktor mengenai keperluan membuat pemeriksaan kesihatan (medical check up) untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi. Berkenaan bilakah anda boleh sembuh, kami tidak tahu dan ia bergantung kepada diagnosis dan juga rawatan yang diberikan oleh doktor kepada anda.
Sekiranya gejala tersebut mengganggu fikiran dan aktiviti harian anda, sila lakukan pemeriksaan kesihatan dan berjumpa dengan doktor segera untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut atau ingin mendapatkan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.