Sulit
6 tahun
Bila waktu malam,tekak terasa macam ada benda yang melekat
Saya mengalami keadaan di mana anak tekak terasa ada benda yang melekat kerana sewaktu hendak baring atau menundukkan kepala, di tekak terasa ada benda yang menempel kat situ. Saya mengalami situasi ini dengan kerap pada waktu malam dan sangat kurang atau kadang kala tidak merasa apa2 pada waktu siang. Saya mengalami hal sedemikian sejak tempoh 2-3 bulan lepas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tekak terasa ada sesuatu ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tonsilitis
- GERD
- Ketumbuhan dalam tekak
- Radang tekak
- Globus makanan
- Terdapat bahagian yang sempit pada laluan tekak “stricture”
- Gastritis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























