
Sulit
4 tahun
Bilakah fasa subur seorang wanita
Hai doc, saya dan pasangan telah melakukan seks pada 1/2 hari sebelum sepatutnya saya datang haid, adakah saya berpeluang untuk hamil? Dan bilakah fasa tidak subur bagi seorang wanita?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ujian OPK ( Ovulation Predictor Kits ) ini berfungsi untuk memantau hormon yang mendorong ovulasi iaitu Lutenizing Hormone dimana kandungan hormon tersebut akan tinggi dalam badan ketika berovulasi. Maka hasil positif OPK membawa makna bahawa anda dalam masa subur, sekiranya negatif, berlaku sebaliknya.
Namun, anda juga boleh mengenalpasti masa subur anda dengan menghitungnya berdasarkan kitaran haid anda. Cara-caranya adalah seperti berikut:
Cara menghitung waktu subur wanita apabila kitaran haid biasa:
- Secara umum, kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28 - 30 hari. Hari pertama anda datang haid dikira sebagai hari pertama. Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke-28, maka anda mempunyai kitaran haid biasa setiap 28 hari.
- Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari ialah hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama anda datang haid.
- Contohnya, jika anda datang haid pada 1 Januari, maka waktu subur anda adalah 13 Januari hingga 15 Januari.
Pasangan yang ingin menimang cahaya mata, bolehlah lebih kerap melakukan seks pada tarikh-tarikh tersebut. Sebaliknya, jika anda tidak ingin hamil, elakkan dari hubungan seks dalam tempoh ini.
Cara menghitung waktu subur wanita apabila kitaran haid tidak teratur:
- Catatkan tempoh kitaran haid anda untuk 6 bulan. Misalnya, dalam bulan Januari kitaran haid anda adalah 25 hari, Februari: 28 hari, Mac: 30 hari, dan seterusnya hingga 6 bulan.
- Perhatikan bilangan hari kitaran terpanjang dan kitaran terpendek
- Jika kitaran terpanjang adalah 35 hari, tolak 11 dari 35 hari, hasilnya ialah 24.
Sekiranya kitaran terpendek adalah 25 hari, tolak 18 dari 25 hari, hasilnya ialah 7 - Maka anggaran waktu subur wanita adalah hari ke-7 hingga hari ke-24 selepas hari pertama datang haid pada setiap bulan.
Selain menghitung secara manual , kini terdapat juga kalendar kehamilan atau app yang membolehkan anda untuk mengira waktu subur wanita dengan mudah.
Anda hanya perlu memasukkan tarikh pertama haid anda.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih