
n.atikahamat
5 tahun
Bilakah sakit mata akan baik?
Saya sakit mata dah 5 hari. Selalu sakit maya ambik masa berapa lama untuk baik? Sebelum sakit saya ada gosok mata dan ada sedikit luka di bahagian mata putih. Adakah dia akan baik sendiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Saya kurang pasti apakah yang anda maksudkan dengan sakit mata.
Akan tetapi, secara amnya sakit mata boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Conjunctivitis (mata merah atau mata pedih)- disebabkan jangkitan atau radang di lapisan luar bebola mata anda.
Glaukoma- peningkatan pada tekanan dalam mata yang menyebabkan ketidak selesaan dalam mata dan menyebabkan berlakunya sakit mata.
Penggunaan kanta mata- sekiranya berlaku sebarang jangkitan pada kornea akibat kanta mata tersebut maka ianya boleh menyebabkan sakit mata.
Trauma kepada bebola mata
Sekiranya sakit mata yang anda maksudkan itu adalah conjunctivitis, ia selalunya mengambil masa 1-2 minggu untuk sembuh sekiranya tidak dirawat dengan aktif.
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.