
Sulit
4 tahun
Bilateral tubal ligation
Hai doc!
Saya nak Tanya,bila waktu yg sesuai melakukanbilateral tubal ligation? Selepas melahirkan atau dalam satu tempoh selepas bersalin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Untuk makluman anda, pembedahan pengikatan tiub ovari boleh dilakukan pada bila-bila masa. Namun, ia lebih terbaik sekiranya anda melakukannya sebaik sahaja bayi anda dilahirkan kerana anda boleh memohon untuk membuat C-Sec (Caesarian Section) sekali untuk pembedahan tiub ovari tersebut bagi melancarkan proses keseluruhannya. Ini digelar sebagai Postpartum Sterilization.
Anda boleh mencuba pelbagai cara demi perancangan keluarga anda!
Kami tiada bantahan sekiranya anda ingin melakukan pembedahan tersebut mahupun beberapa jam selepas melahirkan atau sebulan selepas.
Untuk mengetahui lanjut, layari link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.