
josepsamueltony
4 tahun
Bilurin tinggi dalam hati
Doktor saya ada pergi ke hospital sebab saya tasa perut saya belah kanan ada sakit di sebelah atas.dan saya pergi buat untra sound untuk mahu tahu apa masalah.dalm saya punya scan ada fatty liver dan pembesaran liver.lepas tu saya rasa masih tak baik sakit perut saya baru saya ke hospital…dalma saya punya hati banyak bilurin…dalam masa yg sama saya ada di beri oleh klinik ubat antiobiotik untuk masalah jangkitan kuman…adalh bahay kalau bilurin dalam darah.dia boleh hilang kah tidak doktor…saya ada kerisauan di sini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bilirubin tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang hempedu akut
- Hepatitis
- Liver cirrhosis
- Kegagalan hati
- Masalah pankreas
- Penggunaan ubat-ubatan tradisional
- Masalah sel darah merah
- Masalah limpa
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.