
Sulit
5 tahun
Bimbang atau khuatir Kehamilan
Saya wanita umur 20 khuatie mengandung setelah main dgn pakwe sy . Bagaimana sy nk beli pil perancang bantulah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika anda khuatir anda telah hamil, anda disarankan untuk mengesahkan kehamilan dengan menggunakan ujian kehamilan yang boleh didapati di kaunter farmasi. Anda disarankan untuk mengambil ujian ini jika anda kelewatan seminggu atau 2 minggu haid.
Bagi perancangan keluarga, terdapat pelbagai jenis cara yang anda boleh ambil. Jika anda baru bersama pasangan anda, anda disarankan untuk mengambil pil perancang kecemasan dalam masa 72 jam bersama. Namun, jika anda telah melebihi tempoh tersebut dan ingin merancang kehamilan dan disahkan tidak hamil, anda boleh menggunakan cara berikut:
- pil perancang hormon
- suntikan depo setiap 3 bulan
- suntikan implanon setiap 3 tahun
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.