Sulit
3 tahun
Bimbang berlebihan sehingga menjadi takut dan pening
Hai doc . Saya pelajar berumur 16 tahun dan sedang menghadapi tekananperasaan yg sangat tinggi . Saya mudah berasa panik dan suka menganalisa sesuatu yang buruk sehingga menjadi peningg yang teramat disebelah kanan dan mual . Saya juga mudah berasa gelisah dan menghadapi ketakuttan yang sangat teruk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda berkemungkinan mengalami masalah panic attack. Maka, amat disarankan untuk berbincang dengan ibu bapa atau penjaga anda mengenai masalah ini kerana anda mungkin memerlukan rawatan pakar psiakitri.
Hal ini kerana, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.