
Anonymous
6 tahun
Binggung mengandung atau tidak
Dua bulan lepas saya bersama dengan suami. Bulan lepas saya mengalami pendarahan sekitar 3hari sahaja. dan pendarah itu sedikit dan mengalami kram pada hari pertama pendarahan. saya pelik sama ada itu tanda saya period atau spotting. saya sudah buat upt tetapi didapati negatif. dua minggu kemudian saya mengulangi upt dan keputusan yang saya dapat tetap sama negatif. Minggu seterusnya pun begitu masih keputusan negatif. Tetapi perubahan pada payudara saya semakin ketara, terasa berat dan sensitif, puting berwarna hitam dan merekah. Cepat lelah dan sering lapar. tetapi upt yang saya lakukan semua menunjukkan keputusan negatif. adakah saya benar benar hamil atau pun saya tidak hamil? bulan ini saya mengambil pil hormon dimana pada hari tersebut saya mendapati ada lendir coklat keluar sedikit, saya ingatkan saya bakal period. tetapi apabila saya makan pil horman pada hari itu, malam itu tidak ada lendir coklat. saya binggung akan diri saya, sama ada saya mengandung atau pun tidak. tolong doktor beri penjelasan kepada saya. saya sangat memerlukan jawapan daripada doktor. terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt.
Penyebab negatif upt yang salah
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Tanpa maklumat yang lebih langkap dan pemeriksaan lanjut, adalah sukar untuk saya membuat kesimpulan. Oleh itu anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi memastikan keadaan yang anda alami serta mengesan kehamilan seperti kehamilan kembar atau ektopik yang berisiko tinggi agar dapat dirawat atau dipantau.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.