
azrulfauzi21
5 tahun
Binggung n Was2 serta Berwaspada
Hi doctor. Saya dalam lingkungan 20an berat dlm 80kg.saya nk tanya pasal minum air dlm 1hari. Berapa liter boleh saya minum? Boleh atau tidak minum air berlebihan boleh jadi sawan? Tolong saya doc. Saya dlm keadaan was2 nk minum air terlalu bnyk.dlm seminggu ni saya sukat air yg saya minum.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, anda tidak perlu berasa risau atau was was tentang minum air. Kebiasannya seorang dewasa disarankan minum kira- kira 2 liter air sehari. Namun, kadang kala aktiviti harian yang lebih aktif, seperti bersukan memerlukan anda minum lebih air dari kuantiti biasa. Tubuh kita mempunyai mekanisma tersendiri untuk mengingatkan kita tentang keperluan minum air iaitu rasa haus. Oleh itu, anda boleh minum air dalam 2 liter sehari atau apabila anda berasa haus.
Sebarang perbuatan yang berlebihan tidak kira apa walaupun seperti minum air atau apa apa makanan lain boleh mendatangkan mudarat. Jadi, ambil secara sederhana adalah lebih baik.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.