
Sulit
5 tahun
Bintat gatal di seluruh badan
hai, kulit saya mengalami bintat yang gatal sejak 2 minggu lepas. saya sudah pun rujuk ke klinik dan doktor memberi ubat tahan gatal, celamine lotion dan vitamin c. Tetapi bintat gatal masih tidak berkurangan. saya juga ada membeli ubat tahan gatal dan vitamin di farmasi. Masih tiada perubahan malah tidur saya terganggu disebabkan terlalu gatal dan saya perlu mengaru. Pilihan terakhir saya, perlukah saya makan ubat cacing walaupun saya tiada simptom muntah tetapi mengalami bintat gatal? Terima Kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ruam panas
- Folliculitis (Jangkitan follicle)
- Jangkitan Herpes Simplex Virus
- Jangkitan Human Papillomavirus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.