
Sulit
3 tahun
Bintik badan tidak gatal
saya lelaki umur 22 tahun , saya mahu ubat cream yang dapat dan yang baik untuk badan saya yang mngeluarkan bintik pada badan tapi tidak gatal .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan bintik-bintik pada badan. Antara contoh penyakit seperti anda jelaskan adalah:
- Jerawat badan (Body acne)
- SLE (Systemic lupus erythematous)
- Reaksi alahan
- Pityrasis rosea
- Jangkitan kulat
Berdasarkan senarai di atas, ini hanyalah diagnosis umum. Nasihat rawatan serta diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Kami sarankan agar masalh ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kulit kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.