
Sulit
4 tahun
Bintik berair dan gatal pada jari dan tapak tangan
Saya berumur 32 tahun. Selepas melahirkan anak pada May lalu, tapak tangan saya mula ditumbuhi bintik-bintik halus yg berair dan gatal. Saya ada menggunakan sabun herba selama 2 hari sebelum tangan saya ditumbuhi bintik-bintik tersebut. Menyedari tangan saya mula gatal, saya terus berhenti menggunakan sabun tersebut. Tetapi sehingga sekarang tapak tangan dan jari saya tidak pulih. Masih berbintik air dan gatal. Tapak tangan pun luka akibat menggaru.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami kebimbangananda mengenai gejala bintik-bintik halus yang berair dan gatal setelah menggunakan sabun herba. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kulit yang diketahui iaitu:
- Alahan kulit (Allergic dermatitis)
- Contact dermatitis
- Ekzema
- Jangkitan kuman
- Gigitan nyamuk yang menyebabkan alahan
Kami sarankan anda untuk berhenti menggunakan sabun herba yang baru dibeli kerana kemungkinan besar ia yang menyebabkan gejala bintik-bintik gatal berair pada kulit anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.