
Sulit
3 tahun
Bintik-bintik merah dan gatal
Saya lelaki berumur 16 tahun. Saya mengalami bintik-bintik merah dan gatal. Bintik-bintik itu di tengah dia ada macam kesan gigitan [warna hitam] dan saya pasti ia bukan gigitan nyamuk. Bintik-bintik itu terdapat di tangan,kaki dan badan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami ruam satu badan, gatal dan mempunyai bintik hitam pada bahagian tengah ruam tersebut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ruam yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Erythema Multiforme
- Reaksi alahan
- Ekzema
- Dermatitis
- Gigitan pepijat
- Heat rash
Berikut merupakan diagnosis umum perihal penyakit yang boleh mengakibatkan simptom anda. Namun, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menasihatkan supaya anda rujuk perkara ini kepada doktor. Terutama sekali jika simptom ini semakin teruk, mengganggu aktiviti harian dan menyebabkan luka yang besar.
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!