
Sulit
4 tahun
Bintik bintik merah pada lengan
Saya lelaki umur 17 tahun.lengan saya akan naik bintik bintik merah tetapi tidak gatal.saya sudah memcuba pelbagai krim ubatan untuk merawat tetapi tidak sembuh.bintik bintik merah ini pasti muncul kembali

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Bintik bintik merah tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai masalah, antaranya:
- dermatitis atopik / alergi
- dermatitis kontak iritan
- alahan kulit
- gangguan acne yang luas
- jangkitan virus atau parasit
- gangguan vaskular
- atau penyakit yang lain-lain
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.