
Sulit
3 tahun
Bintik bintik merah pada perut, peha dan belakang badan tetapi tidak gatal. Bintik bintik merah sudah masuk seminggu lebih tapi tidak reda
Hai, Dr. Saya berumur 21 tahun. Baru baru ni, terdapat bintik bintik merah pada area perut, peha dan belakang badan saya. Bintik bintik tersebut tidak gatal. Sebelum ini saya pernah kena macam ni tapi cuma beberapa hari je. Tapi untuk kalini, dah nak masuk seminggu lebih bintik bintik tu tak reda. Mengapa ye Dr? Apa yang perlu saya lakukan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala bintik-bintik merah pada badan tetapi tiada kegatalan. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Jangkitan virus atau kulat
- Gigitan serangga
- Ekzema
- Dermatitis
Namun ia juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara serius seperti:
- Systemic lupus erythematosus
- Keradangan saluran darah
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor