
Sulit
4 tahun
Bintik bintik merah selruh badan tanpa ada kegatalan, demam atau masalah kesihatan yang lain..demam
Hi doc… sy mengalami bintik2 merah di seluruh badan termasuk tapak tangan… tapi tiada gatal2 atau kesan2 lain… hanya bintik2 merah saje…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab untuk berlakunya bintik merah di seluruh badan. Antaranya ialah;
- tindak balas terhadap alahan
- jerawat badan
- jangkitan kuman ataupun virus seperti (Shingles,kayap, demam campak)
- eczema
- ruam peluh
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca anda mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada anda untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!