
Sulit
5 tahun
Bintik Bintik Merah seluruh badan
Saya wanita berumur 21 tahun. Baru baru ini, saya terkena bintik bintik merah seperti ruam di seluruh badan, tetapi hanya di bahagian hadapan sahaja. Di bawah payudara, di bahagian atas sekitar bahu, di perut dan di permukaan kemaluan saya. Dan merasa gatal. Saya hanya pernah melakukan oral sex 1 tahun 3 bulan yang lepas, tetapi ruam ruam ini membuat saya merasa bingung adakah saya terkena HIV. Harap doc dapat menjawab secepatnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Anda disarankan untuk melakukan ujian saringan HIV jika anda mengesyaki anda terdedah pada transmisi tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.