
Sulit
4 tahun
Bintik di bawah zakar
Hi, saya 28 tahun,bujang dan masih belum berkahwin. Dalam 1-2 tahun saya lihat ada bintik 2-3 biji di bawah kemaluan saya. FYI dr., saya tak pernah brhubungan seks. Soalan saya, is it possible bintik bintik ini genital warts ? Saya rasa saya ada HPV virus tetapi di bawah armpit sahaja. Sebab my parent pun ada bnda yg sama. Blh ke berjangkit ke zakar saya ? Setahu saya genital warts are diff dari wart yg lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintik-bintik dan kegatalan yang terdapat pada kemaluan anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jerawat
- Jangkitan herpes genital - dari virus yang boleh menyebabkan selesema
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit gatal seperti lichen sclerosis/planus
- Alahan dermatitis
- Genital wart
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi yang anda alami, anda juga boleh berhubung dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan masalah zakar anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah