
Sulit
4 tahun
Bintik Gatal pada Jari
Saya wanita 20-an yang mengalami masalah bintik gatal yang tidak berair pada jari. Kulit saya seperti kering dan berbintik gatal yang lama-lama boleh jadi sakit. Keadaan ni berlaku pada dua jari sahaja. Apa masalah dan rawatan yang saya boleh buat ya? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Radang kulit (dermatitis)
- Ekzema
- Gigitan serangga
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh berpunca daripada masalah yang kami tidak sebutkan di atas. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dan dirawat.
Anda juga boleh melakukan perkara ini:
- Meningkatkan penjagaan kebersihan tangan dan kulit
- Sentiasa melembapkan kulit
Sekiranya perkara ini berlarutan dan ia mengganggu aktiviti harian anda, sila bertemu dengan doktor atau anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk berbincang dan mendapatkan konsultasi mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.