
Sulit
5 tahun
Bintik Hitam di kedua paha
Saya lelaki 23thn dan diatas paha saya terdapat bintik-bintik hitam yang adakalnya gatal. Untuk pengetahuan doktor saya menhidap penyakit beta thalasmia.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bintik-bintik hitam yang terdapat pada paha anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Tahi lalat
- Kesan alahan - pada kain atau ubat
- Penyakit kulit seperti lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.