
Sulit
4 tahun
Bintik Merah dan Gatal Gatal
Hi, saya mengalami bintik merah dan kadang kadang gatal kadang-kadang tidak gatal. Tumbuhnya tidak begitu banyak tetapi setelah reda, ia akan meninggalkan kesan kehitaman yg kekal. Boleh doktor terangkan sedikit simptom apa ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa sebab untuk berlakunya ruam atau bintik merah di sekeliling badan. Antaranya ialah;
- tindak balas terhadap alahan
- jerawat badan
- jangkitan kuman ataupun virus seperti (Shingles,kayap, demam campak)
- eczema
- ruam peluh
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca tuan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih