
Sulit
3 tahun
Bintik merah halusss je bawah kulit di bahagian kaki. Banyak tapi tak rasa sakit atau apa apa. Kadang kadang rasa susah nak betnafas tapi masih terkawal. Tak selalu la rasa tu. Boleh terangkan dr apa pumcanya?
Dekat kaki saya dari bawah paha sampai betis ada macam bintik merah halus bawah kulit. Size yg sama and bintik tu kalau tengok betul2 baru nampak. Sebab apa eh? Warna bintik tak terang sangat. Pudar je

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ruam peluh
- Jangkitan kulit oleh bakteria, virus atau kulat
- Henoch-Schonlein Purpura
- Ekzema
- Reaksi alahan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca gejala yang dialami oleh anda berdasarkan soalan sahaja memandangkan maklumat lanjut adalah diperlukan dan pemeriksaan fizikal perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.