
syahira1938
4 tahun
Bintik merah kecil, tidak gatal di bahagian paha
saya wanita bujang berumur 23 tahun. saya perasan ada bintik bintik merah kecil di bahagian paha saya. bintik bintik tu tak gatal walaupun saya sentuh dan garu. ada 2-3 daripada bintik tu, bila pegang rasa timbul, yang lain tidak. corak bintik bintik tu bkn mcm ruam yang berkumpul satu tempat dalam bentuk yang besar. tapi dia sekadar bintik merah kecil ygang berterabur kedudukan dia. adakah itu disebabkan alergi, doktor? terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gigitan serangga
- Alahan
- Jangkitan Virus
- Urticaria
- Dermatitis kepada bahan kimia
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Rawatan yang bersesuaian adalah berdasarkan punca kepada masalah anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.